UITM SHAH ALAM DE-UP 2016
Pada 13.5.2016 - 15.5.2016, Team Base Notes telah menyertai sebuah karnival
keusahawanan berlangsung di UITM Shah Alam, De-Up2016 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar. Semestinya, kepada mereka yang menyertai program 'vendor event' sebegini memberi keutamaan untuk menaikkan 'sales' mereka, tetapi misi kami adalah untuk memperkenalkan brand dan produk kami kepada orang ramai khasnya warga Shah Alam..Oh yeah!!.
Untuk menambat hati para 'student' ni, kami menawarkan pelbagai promosi-promosi yang menarik seperti voucher off RM10, pertandingan 'Photo Contest' dan yang paling penting Happy Hour dengan diskaun sebanyak 40%!!. Sambutan memang menggalakkan terutamanya Photo Contest! Ok disebabkan promotion ini yang paling laku (of course sebab boleh dapat percuma perfume.hehe), biar admin 'explain how it works'. Pengunjung hanya perlu mengambil gambar dengan produk-produk Base Notes, upload di Instagram dan tag #BaseNotes. Pemenang akan dipilih berdasakan jumlah like yang diperolehi. Ambil Gambar, upload, menang 'Free Perfume', mudah!
'Sales' juga memberansangkan terutama Luxurious. Eh, bukan sebab Prestigous tidak mendapat sambutan, tetapi golongan adam yang menjejakkan kaki ke dalam dewan bolehla dikira menggunakan jari sahaja (bayangkan sikitnya) kerana dewan betul-betul berada disebelah kolej kediaman siswi..hehe
Selain promosi-promosi yang best, Team Base Notes juga perihatin dalam usaha untuk membantu golongan 'student' untuk menambah pendapatan sampingan dengan cara berdaftar sebagai 'dropship' dengan Base Notes. Mudah sahaja, student hanya perlu 'promote' kepada 'customer', kalau terjual, Team Base Notes yang akan poskan produk kepada 'customer', 'student' hanya perlu duduk, study, tengok tv, makan..tup-tup dapat 'message' duit masuk ratus-ratus dalam akaun bank anda bulan-bulan. seronokkan??;)
Drawbacks from the event ialah, 'booth' kami ditempatkan di dalam dewan bersama booth kosmetik yang lain. Tiada sebarang tanda yang menunjukkan kewujudan 'booth-booth' di dalam dewan tersebut kepada para pengunjung. Kerusi dan meja juga tidak diatur di dalam dewan, vendor perlu mengambil sendiri meja dan kerusi di luar dewan dan susun pada pagi 'First day exhibition'. Jumlah pengunjung juga tidaklah sampai 50k seperti yang diwar-warkan. So penganjur sila 'take note' ye, 'improvement attracts customers':)
Akhir sekali Team Base Notes nak ucapkan terima kasih kepada kesemua yang memberi sokongan, yang membeli, yang 'register' sebagai 'dropship,' 'agent' dan yang memberi advise untuk 'improvement'. Special thanks to our Founder and Co-Founder yang turun padang memberi sokongan;) Special thanks juga kepada Team Base Notes, Zulhaidi dan Fira yang bertungkus lumus memperkenalkan produk Base Notes. Hopefully, Base Notes akan dikenali di seluruh Malaysia dalam masa yang cepat!
Jumpa semua di Next Exhibition in July..MID VALLEY!!!
In Shaa Allah..:)
Regards,
Team Base Notes
Be Unique, Be Confident With Base Notes