top of page

"BISNES CARA KAMI'


Bisnes Cara Kami - Rafie Ramli & Felinna Nadea Ed Fatah

Assalamu'alaikum semua,

Hi.

Jangan silap guys, admin bukan nak buat seminar or kursus on how to manage or start your business.:)

Haa kali ni admin just nak buat sesi sharing sebenarnya, a simple summary on a nice book yang baruuu je admin selesai baca - "Bisnes Cara Kami" - Rafie Ramli dan Felinna Nadea Ed Fatah. Actually buku ni ialah buku perkongsian pengalaman 2 orang jutawan muda yang telah melalui banyak jatuh bangun sebelum bergelar jutawan berjaya. Kalau nak tau diorang ni mana satu, cuba drive dekat highway lagi-lagi di bahagian utara, anda akan ternampak billboard produk makanan kanak Caliph Supplement for Kids yang menampilkan adik Mia Sara sebagai duta produk.

Admin bukanlah nak kupas satu persatu isi dalam buku ni macam sesi bedah buku, tapi lebih kepada nak pin point some important points yang admin rasa semua orang boleh ambil sebagai panduan lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru nak memulakan perniagaan masing.:)

So here it is.

1. KEJAYAAN BUKANLAH SEMESTINYA DATANG DENGAN SIJIL ATAU IJAZAH, TETAPI DISEBABKAN USAHA YANG BERTERUSAN, ILMU DAN TAWAKKAL PADA ALLAH S.W.T

Ramai orang yang beranggapan bahawa kejayan dan kebahagiaan hidup akan datang apabila anda belajar tinggi-tinggi dan mempunyai ijazah, 'master' mahupun 'PHD'. Pengalaman Rafie dan Fellina membuktikan bahawa tak perlu ada ijazah yang tinggi untuk berjaya dalam hidup. Rafie bukan lah seorang yang senang di mana di awal perkahwinan perniagaan kedua Rafie dan Fellina jatuh merudum dan memaksa Rafie melakukan banyak kerja daripada seorang 'runner', pemungut sampah dan juga pekerja kebun.

"Jap lagi I nak pi bei bedak baru ya, dah nak habis." Bila Fel cakap nak beli bedak yang harganya cuma RM18.90 tu, terduduk juga fikir mana nak korek duit.

Punya la susah sehingga nak beli bedak pun tak mampu. Tetapi memilih untuk tidak terus terduduk mengenang nasib, berasaskan tawakkal dan usaha mereka memulakan perniagaan produk sendiri dan yang paling meletup di awal perniagaan ialah produk 'Inch Loss'. Purata keuntungan mereka sehari pada ketika itu ialah sekitar RM200,000 sehingga RM300,000 sehari!! bukan setahun tau.

2. SEDEKAH IALAH BOOSTER DALAM BUSINESS

Anda mahu rezeki yang melimpah ruah? sedekah, sedekah, sedekah dan terus memberi manfaat kepada orang lain. Tetapi bukan sedekah selepas anda dah dapat sesuatu. Contohnya kalau anda hendak meminta naik pangkat daripada majikan anda, takkan anda minta naik pangkat dahulu baru anda akan berikan apa yang majikan nak, kebiasaannya pastilah majikan ingin lihat apa pengorbanan dan sumbangan anda kepada mereka sebelum anda dinaikkan pangkat. Samala dalam konspep perniagaan, tidakkah anda rasa anda perlu sedekah dulu banyak2, sebelum anda ingin meminta apa-apa hajat daripada Allah S.W.T?? Percayalah, admin pun dah cuba;). Senang saja anda boleh sediakan siap-siap wang untuk sedekah sebelum anda pergi ke pasar malam, pastikan setiap orang yang meminta sedekah dipasar malam tu anda berikan, tak kisahla dia betul memerlukan ataupun tidak, niatkan dan ikhlaskan supaya pemberian anda tu akan memberi manfaat kepada mereka semua, supaya yang kurang menjadi lebih, yang buruk menjadi elok dan yang jahat menjadi baik. Suatu cara lain yang mudah, buat automatic payment pada Palestine, Syria, Rohingya dan banyak lagi negara yang memerlukan. Biar nilai sedikit, tapi istiqamah:)

3. REZEKI ADALAH DARIPADA ALLAH S.W.T SEMATA-MATA

Sedarlah bahawa rezeki hanyalah daripada Allah S.W.T. In shaa Allah, jika anda seorang peniaga, pasti ada suatu masa anda akan berada di atas, dan pada ketika itu, elakkanlah daripada berasa riak dan takbur. Baru berjaya sikit dah mula tak nak bercakap dengan stokist dan ejen, dah mula lupakan kebajikan stokis dan ejen, padahal merekalah yang susah payah menaikkan produk anda semasa anda mula bertatih dahulu. Sentiasa beringat bahawa kejayaan dan rezeki yang melimpah ruah adalah supaya anda lebih tunduk kepada-Nya dan bersyukur mengingati kebesaran-Nya, pada bila-bila masa sahaja rezeki itu dapat ditarik dalam sekelip mata sahaja. Seperti perkongsian Fellina dimana dia didatangkan dengan ujian apabila dia mula sibuk dengan pekerjaan dan kurang berzikir, kurang berdoa dan kurang membaca Al-Quran. Jika kita boleh sibuk dengan dunia, samalah juga dengan akhirat - balance them out, barulah jadi khalifah serba boleh..hehe

4. KENAPA PERLU KAYA??

Ada orang berkata, " Tak perlula kaya sangat, cukup la dengan apa yang dah ada sekarang". Terpulang kepada masing-masing, yang penting ialah apa yang kita buat mestilah tidak melampaui batas dan mendekatkan kita lebih kepada Allah S.W.T. Bagi admin bila anda kaya, anda akan lebih berkemampuan untuk melakukan banyak kebaikan dan perkara yang positif berbanding jika anda hidup pada kadar yang 'averahe'. Sebagai contoh, anda dapat membawa ibu-bapa dan keluarga untuk pergi menunaikan haji dan umrah pada bila-bila masa dengan pakej yang selesa, anda dapat memberikan lebih banyak sedekah kepada umat islam yang memerlukan diseluruh dunia, anda dapat memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak anda, anda mampu mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk keluarga anda, anda dapat membantu menyediakan peluang perkerjaan kepada umat Islam yang lain, anda dapat membantu melahirkan jutawan-jutawan baru seperti anda dan banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan jika anda kaya. Ya betul, perasaan riak mungkin akan timbul apabila anda berada pada tahap tersebut kerana kita semua hanyalah manusia biasa, apa yang kita boleh lakukan ialah sentiasa didik diri kita untuk rendahkan diri dan ingat saat ketika di mana kita di bawah dan semua kekayaan ini bukanlah milik kita. So, jomla ramai-ramai kita mengkayakan diri..;)

Orait guys, hopefully sedikit sebanyak coretan blog admin harini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Admin doakan anda semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Yang penting, jangan mengalah, sentiasa usaha, cari mentor, cari ilmu, doa dan tawakkal.:)

The Premium Hijab Spray by Base Notes

Unique and Confident with Base Notes

Bye2, Assalamu'alaikum.

Admin Base Notes

T


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page