MENGAPA ANDA PERLU MENJAGA PENAMPILAN???
Dalam zaman yang serba moden dan pesat membangun ini, setiap orang haruslah sentiasa lebih menyerlah daripada yang lain untuk lebih ke depan dalam apa jua bidang. Contohnya, seorang pelajar mestilah kelihatan lebih pandai atau lebih menarik daripada rakan-rakan yang lain, seorang pekerja mestilah tampil lebih yakin dan bijak berkata-kata berbanding rakan sekerja yang lain, seorang 'businessman haruslah tampil lebih kaya dan kemas berbanding 'businessman' yang lain. Semua ini dilakukan hanya berlandaskan satu matlamat iaitu ingin memastikan kelangsungan status (pekerjaan, populariti, perniagaan dan sebagianya). Tetapi ramai yang tidak perasan yang setiap orang mampu kelihatan lebih menonjol dan menarik dengan hanya menjaga satu perkara asas - PENAMPILAN DIRI.
So harinin, admin nak share dengan semua kenapa kita perlu menjaga penampilan diri kita:)
1. 'FIRST IMPRESSION' YANG BAGUS
First Impression atau dalam kata lainnya ialah pandangan pertama, adalah item yang paling penting apabila kita ingin memperkenalkan diri kita kepada orang yang tidak dikenali. Contohnya, apabila anda ingin menghadiri sesi temuduga perkerjaan, perkara yang pertama sekali yang bakal majikan akan lihat ialah penampilan diri anda. Bagaimana anda bercakap, memberi respon, mengenakan pakaian, dan bau anda adalah antara perkara yang pasti dinilai oleh bakal majikan anda. Memetik daripada suatu artikel daripada sebuah website terkenal www.forbes.com, yang menerangkan bahawa:
'First impressions can be highly accurate
Citing a trove of studies, Malcolm Gladwell contends in Blink that our first impressions are fairly accurate and stand the test of time. He’s a proponent of a theory called thin-slicing, which states that we make a pretty accurate assessment of a person based on knowing them for only a few seconds.' - www.forbes.com
Secara ringkasnya, kita boleh meneka dengan sangat tepat tentang peribadi seseorang hanya dengan sekilas pandang sahaja. Jadi pastikan anda sentiasa menjaga penampilan anda sepanjang hari kerana kita tidak tahu dengan siapa kita akan berjumpa hari ini!
2. KEYAKINAN YANG TINGGI
Kajian menunjukkan mereka yang memakai pakaian yang kemas dan cantik dan merias raut wajah sebelum keluar daripada rumah pada setiap pagi akan mempunyai daya keyakinan yang sangat tinggi. Selain itu dengan menjaga kekemasan diri, seseorang itu akan lebih menghargai dan menyayangi dirinya sendiri. Jika anda seorang 'businessman' atau salesman, percayalah bahawa pakaian kemas, dan sedikit rias di raut wajah anda mampu membantu untuk mendapatkan anda sesebuah kontrak atau menaikkan sales anda pada bulan itu!
3. MENJALANI KEHIDUPAN YANG SIHAT
Semestinya, apabila anda menjaga penampilan dan kebersihan diri, anda akan berasa lebih segar dan gembira sepanjang hari. Dengan menjaga penampilan, anda akan mudah bergaul dengan rakan-rakan, mudah mendapatkan teman, dapat membantu dalam mendapatkan temuduga dan banyak lagi perkara positif yang akan hadir dalam kehidupan anda apabila anda hanya menjaga satu perkara mudah iaitu menjaga penampilan diri anda.
Jadi jom kita check balik diri kita dan nilaikan penampilan diri kita, mungkin masih ada ruang untuk diperbaiki?? :)
-Unique & Confident-
Base Notes